Susu Awal Adalah Antibodi Untuk Bayi
1. Selepas bayi dilahirkan, susu adalah berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum ataupun susu awal. Walaupun rupanya begitu, khasiatnya amat baik kerana susu ini memberi perlindungan kepada bayi. Ini kerana kandungan proteinnya yang tinggi iaitu 3 kali ganda melebihi susu ibu yang sudah matang.
2. Kolostrum ini juga dikenali sebagai imunisasi pertama bayi. Oleh itu, kita disarankan lebih kerap menyusukan bayi di hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya.
3. Jangan bimbang walaupun susu ini sedikit sebenarnya cukup untuk bayi. Saya sendiri pernah berasa putus asa kerana berasa susu tidak mengcukupi tetapi tetap kuatkan semangat meneruskan penyusuan.
4. Ingat! bayi yang berpeluang menyusu selepas dilahirkan, didapati berpeluang cerah untuk menyusu secara eksklusif dalam tempoh yang lebih panjang.
5. Langkah penting untuk memastikan kejayaan penyusuan secara eksklusif adalah jangan berikan bayi baru lahir sebarang makanan tambahan (air kosong, susu formula atau lain-lain).
Menghasilkan Susu Yang Optimum
1. Apabila anda sudah berjaya memperkenalkan bayi susu awal, maka anda perlu kekalkan penyusuan secara eksklusif dengan kerap dan tanpa had. Susu badan tidak boleh diberikan berselang-seli dengan susu formula. Ini kerana permintaan susu badan akan berkurangan kerana bayi sudah diberi pilihan lain. Semakin ada permintaan menyusu badan maka semakin bertambahlah aliran susu. Ini dapat menghasilkan susu yang optimum.
2. Jangan mengenalkan bayi dengan puting tiruan sebelum bayi berumur sebulan. Ini bagi mengelakkan bayi keliru puting.
3. Bagi mengekalkan penghasilan susu, pastikan payudara anda dipam dengan kerap.
bersambung...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan on " "
Catat Ulasan