Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 22 April 2011

aku dan kehamilan..

0 ulasan
salam.... lama tak menulis kat blog.. bz dan malas nak bukak blog..
kami semua excited menanti kehadiran org baru dlm famili kami..
insyaallah dalam awal bulan 7. masa awal2 preggy kuat jgk alahan
yg aku kena tempuhi huhu... skang walaupun dah 7 bulan masih ada
lagi alahan2 tu, tp takde la seteruk masa awal preggy..


persiapan barang baby.. hehe belum lagi.. baju2 lama kepunyaan
afiq. alap dan shasha masih ada byk yg baru lagi dan ada yg belum
dipakai. jd aku tak kalut sangat nak beli baju2. tp ada jgk la nak tambah
sikit2 apa yg takde.


seronok sebenarnya nak dpt baby ni. tak sabar nak tgk baby lahir, nak tgk
rupa dia sama ada ikut muka me atau hubby hehe.. dan yg penting aku
sendiri tak sabar nak breastfeed baby ni nanti. hospital yg aku pilih bukanlah
hospital rakan bayi tp aku akan rooming in baby ni.


checkup tetiap bulan alhamdulillah baik2 aje. cuma hb aku terlalu rendah.
ubat zat besi yg aku makan ferus fumarate cam tak cukup. aku ada masalah
nak menelan ubat tu sbb gi beli sendiri kat farmasi atas nasihat doc la.
bila amik darah, resultnya hb jd rendah. waa me kena anemia lah pulak. doc bg iberet
folik lak huhu besar gedabak pil. tiap2 hari my maid tolong potong kecil2..
terpaksa la makan jgk kan. rasa ubat bkn sedap pun huhu


skang ubat yg aku mkn iberet folik, kalsium dan neurogain. neurogain tu bkn my gynea
yg bekalkan tp aku memandai gi beli sendiri kat farmasi hehe... pas mkn baru
bgtau doc. doc ckp takpe kalau mkn. neurogain tu dia minyak ikan, bagus utk
otak baby.

Khamis, 17 Jun 2010

0 ulasan


Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerjaya

Bagi ibu yang bekerja, anda tidak perlu risau apabila terpaksa masuk kerja selepas berpantang. Anda masih boleh meneruskan penyusuan secara eksklusif dengan syarat ibu perlu memerah susu sendiri 3 minggu sebelum bekerja. Anda perlu:

  • perah susu untuk disimpan setiap kali lepas bayi menyusu
  • perah susu pada waktu bangun pagi
  • perah susu pada bila-bila masa apabila merasakan susu berlebihan
Jangan bimbang jika susu perahan sedikit pada mulanya. Lambat laun susu perahan akan bertambah banyak.

Pada hari pertama bekerja, minta pengasuh beri susu perahan pada bayi. Ibu tidak digalakkan memberi susu perahan tersebut kerana bayi enggan menyusu dari botol yang dipegang ibu.

Saya sendiri tidaklah membuat banyak susu perahan kerana saya seorang suri rumah. Walaubagaimanapun saya tetap menyimpan sedikit stok susu perahan di dalam peti sejuk beku dikhuatiri jika perlu keluar berurusan. Pada ketika inilah pembantu rumah akan memberi susu perahan tersebut.Selalunya jarang sekali saya keluar tanpa membawa bayi. Kebanyakkan stok susu perahan saya tidak digunakan.




Perkenalkan Botol
  1. Perkenalkan botol kepada bayi ketika bayi berumur 4 hingga 6 minggu.
  2. Jangan tunggu terlalu lama memperkenalkan botol pertama kerana dikhuatiri bayi akan menolak botol sama sekali apabila sudah gemar menyusu menerusi payudara.
  3. Walaubagaimanapun, botol harus juga diberi sekurang-kurangnya sekali atau 2 kali dalam seminggu.
  4. Jika bayi sudah menerima botol, jangan digunakan kerap. Guna botol apabila perlu berpisah dengan bayi. Apabila bersama bayi, ibu masih perlu menyusu terus dari payudara agar tidak mempengaruhi penghasilan susu.
cadangan saya....
  • gunakan puting jenis wide neck utk bayi yg menyusu badan kerana puting ini menyerupai puting ibu.
  • saya cadangkan puting susu Pigeon Peristaltic (putingnya memang agak lembut tapi harganya mahal sedikit)


contoh gambar puting pigeon peristaltic

bersambung.....

Rabu, 16 Jun 2010

0 ulasan
Faedah Susu Ibu

- susu ibu mengandungi protein, lemak dan omega 3 yang memberi khasiat yang cukup banyak untuk memenuhi keperluan bayi.

- mudah dihadamkan

- susu ibu berupaya melindungi bayi daripada sebarang penyakit seperti gangguan usus, masalah pernafasan, jangkitan telinga, kencing manis, alahan, sakit jantung dan kanser

- meningkatkan tahap IQ

- mengurangkan karies gigi

- mengurangkan risiko keradangan usus besar pada bayi pra-matang

- mengeratkan hubungan antara ibu dan anak

Faedah Menyusu

- melindungi diri daripada risiko kanser payudara dan ovari

- sebagai kaedah perancang keluarga yang semulajadi

- menjimatkan wang dan masa

- mengurangkan risiko sakit jantung dan pereputan tulang

- mengurangkan berat badan, mengempiskan perut dan mengecutkan rahim

- memberi kepuasan hati kerana dapat melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya

bersambung...

Selasa, 15 Jun 2010

0 ulasan
Susu Awal Adalah Antibodi Untuk Bayi

1. Selepas bayi dilahirkan, susu adalah berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum ataupun susu awal. Walaupun rupanya begitu, khasiatnya amat baik kerana susu ini memberi perlindungan kepada bayi. Ini kerana kandungan proteinnya yang tinggi iaitu 3 kali ganda melebihi susu ibu yang sudah matang.

2. Kolostrum ini juga dikenali sebagai imunisasi pertama bayi. Oleh itu, kita disarankan lebih kerap menyusukan bayi di hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya.

3. Jangan bimbang walaupun susu ini sedikit sebenarnya cukup untuk bayi. Saya sendiri pernah berasa putus asa kerana berasa susu tidak mengcukupi tetapi tetap kuatkan semangat meneruskan penyusuan.

4. Ingat! bayi yang berpeluang menyusu selepas dilahirkan, didapati berpeluang cerah untuk menyusu secara eksklusif dalam tempoh yang lebih panjang.

5. Langkah penting untuk memastikan kejayaan penyusuan secara eksklusif adalah jangan berikan bayi baru lahir sebarang makanan tambahan (air kosong, susu formula atau lain-lain).

Menghasilkan Susu Yang Optimum

1. Apabila anda sudah berjaya memperkenalkan bayi susu awal, maka anda perlu kekalkan penyusuan secara eksklusif dengan kerap dan tanpa had. Susu badan tidak boleh diberikan berselang-seli dengan susu formula. Ini kerana permintaan susu badan akan berkurangan kerana bayi sudah diberi pilihan lain. Semakin ada permintaan menyusu badan maka semakin bertambahlah aliran susu. Ini dapat menghasilkan susu yang optimum.

2. Jangan mengenalkan bayi dengan puting tiruan sebelum bayi berumur sebulan. Ini bagi mengelakkan bayi keliru puting.

3. Bagi mengekalkan penghasilan susu, pastikan payudara anda dipam dengan kerap.

bersambung...
0 ulasan
Penyusuan Susu Ibu

Pengenalan susu ibu

Ketika melahirkan anak pertama dan kedua saya tidak berpengalaman langsung utk memberi susu yg terbaik pada anak. Waktu itu saya masih muda dan tidak berpengalaman tentang susu ibu ditambah saya pula tidak lah mempunyai ramai adik. Bila anak saudara pertama dilahirkan, kakak ipar saya memberikan susu ibu pada bayinya. Tapi saya tidak tahu kenapa susu ibu perlu diberi kerana saya masih kanak-kanak ketika itu.

Internet membantu saya

Apa pula kaitannya internet dan susu ibu? ini hanyalah pengalaman saya. Apabila saya sudah mendapat kemudahan internet di rumah pada tahun 2004, setelah anak kedua dilahirkan ketika itu hanya meminum susu tepung (saya masih jahil tentang susu ibu), saya bertekad untuk beri yang terbaik pada bayi. Pada pertengahan tahun 2005, saya disahkan hamil untuk kali ketiga, dan waktu yang ada saya gunakan sebaik yang mungkin untuk mempelajari penyusuan susu ibu. Internet banyak membantu saya ketika itu, saya hanya belajar di forum-forum, bertanya pendapat pada rakan-rakan forum yang arif tentang susu ibu. Saya benar-benar kagum dengan para ibu yang bekerja masih dapat memberi susu ibu secara ekslusif tanpa susu tepung sehingga anak mencapai usia 2 tahun sedangkan saya tidak bekerja dan boleh sahaja untuk memberi susu ibu. Ini lah yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk memberi susu yang terbaik. Alhamdulillah setelah bayi dilahirkan saya tidak kekok lagi untuk memberi susu ibu, malah kelahiran inilah yang dinanti-nantikan oleh saya. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada suami yang menyokong penyusuan susu ibu.

Serba sedikit tentang penyusuan susu ibu

- bayi perlu minum susu 2 jam sekali
- bayi baru lahir menyusu 12 kali sehari
- bayi yang dapat susu yang cukup akan mendapat 6 lampin basah dan 2 lampin kotor sehari
- perah susu setiap 3 jam pada siang hari dan sekali pada tengah malam

Bagaimana nak mengetahui bayi cukup susu ibu?

1. Hisapan bayi - jika bayi berhenti selepas setiap kali menghisap, bermakna bayi mendapat susu yang banyak.

2. Buang air besar - bayi bawah 6 minggu perlu buang air besar 2-5 kali dalam 24 jam. Bagi bayi minum susu sebelah payudara dulu sampai habis kemudian baru tukar satu payudara lagi. Ini kerana bayi perlu minum susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protein dan air dan susu yang keluar di akhir penyusuan (hindmilk) yang kaya dengan lemak.

3. Buang air kecil - bayi bawah 6 minggu buang air kecil 7-8 kali sehari atau lihat jumlah lampin pakai buang iaitu 5-6 lampin. Lepas lahir 2-3 hari, bayi buang air kecil sebanyak 2-3 kali sahaja.

bersambung....
 

iBu dAn BaYi cOMeL Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez